Sunday, 22 May 2016

ARTIKEL
 
 
PENGENALAN     
 
- Tarikh:      23 APRIL 2016, Sabtu
 
- Program:   Program Kitar Semula Bahan-Bahan Terpakai yang bekerjasama dengan  Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Malaysia
 
 
- Tempat: foyer Dewan Tun Syed Nasir, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur
 
 
- Durasi masa: 5 jam bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengahari
 
AKTIVITI YANG DILAKUKAN
 
- Mengumpul barang kitar semula yang dilakukan secara berkumpulan
- Pengelasan barangan kitar semula mengikut kategori berdasarkan 'Finger-like Model' kelas
- Pembersihan barang-barang yang telah diasingkan sebelum menghantar ke pusat pemprosesan barang kitar semula
Contoh: menggunting dan mencuci kotak minuman, botol, dan juga tin minuman
              membuang plastik botol minuman dan asingkan penutupnya
 
 
PENGETAHUAN YANG KAMI PEROLEH
- Kotak minuman boleh dikitar semula dan menghasilkan barangan lain seperti atap zin, kertas dan buku nota
- Proses mengasingkan barangan kitar semula yang berbentuk kertas boleh dibahagi kepada beberapa kategori iaitu kertas bertulisan hitam putih, kertas tulisan berwarna, kertas berjenis keras (cardboard) dan kertas berkulit nipis seperti majalah serta surat khabar.
- Barangan yang tidak boleh dikitar semula adalah seperti tin cat, tong sisa makanan, mentol, tingkap rumah, bekas styrofom, lampin pakai buang, bekas pembalut makanan dan kertas tisu.
- Botol kaca jika tidak dikumpul dan dikitar semula akan memakan masa yang lama untuk lupus iaitu selama seratus juta tahun.


Saturday, 21 May 2016

JUMLAH JAM KREDIT PROGRAM KITAR SEMULA (PEMBANGUNAN DIRI)

NO.
TARIKH
PERKARA
JAM
1
2 MAC 2016

Perjumpaan Kelas Pembangunan Diri :
Pengenalan dan idea projek.
Penerangan tentang penulisan proposal projek.
2 jam
2
18 MAC 2016
Perbincangan antara ahli kumpulan :
Idea projek

3 jam
3
19 MAC 2016
Perbincangan antara ahli kumpulan :
Penulisan proposal
3 jam
4
23 MAC 2016
Perjumpaan Kelas Pembangunan Diri :
Mengemaskini dan perbincangan tentang  gerak kerja proposal projek
2 jam
5
30 MAC 2016
Perjumpaan bersama ahli kumpulan :
Perbincangan tentang gerak kerja proposal projek
3 jam
6
20 APRIL 2016
Perjumpaan Kelas Pembangunan Diri :
Mengemaskini dan perbincangan tentang gerak kerja proposal projek.
Kelulusan proposal projek
2 jam
7
21 APRIL 2016
Perjumpaan bersama ahli kumpulan :
Perbincangan dan taklimat sebelum perlaksanaan projek dilaksanakan
3 jam
8
2 MAC – 24 MEI 2016
Perbincangan bersama ahli kumpulan melalui whatsapp:
Gerak kerja projek
7 jam
9
23 APRIL 2016
Perlaksanaan Projek :
Program Kitar Semula di Kolej Tun Syed Nasir bersama  Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia .
5 jam
10
4 MEI 2016
Perjumpaan Kelas Pembangunan Diri :
Mengemaskini gerak kerja projek
Persediaan pembentangan projek.
2 jam
11
12 MEI 2016
Perjumpaan bersama ahli kumpulan:
Perbincangan dan penulisan refleksi kumpulan.
3 jam
12
13 MEI 2016
Penulisan refleksi individual
3 jam
13
22 MEI 2016
Perjumpaan bersama ahli kumpulan :
Persediaan pembentangan projek.
2 jam
14
18 & 25 MEI 2016
Pembentangan Projek :
Program Kitar Semula
4 jam

Thursday, 19 May 2016

Tentatif Program

8.00am- Ahli kumpulan kami berkumpul di tepi Dewan Tun Syed Nasir (DTSN) dan bersiap sedia untuk mendirikan peralatan yang digunakan untuk mempamerkan maklumat tentang kitar semula bersama-sama dengan ahli-ahli Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia. 

9.00am- Sesetengah ahli kumpulan kami membantu mengasingkan barang-barang yang boleh dikitar
semula mengikut kategori, manakala ahli-ahli kumpulan yang lain menyusun bahan-bahan maklumat tentang kitar semula di atas meja yang tersedia di tepi DTSN.

9.30am- Ahli-ahli Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Malaysia memberikan taklimat kepada kami   tentang cara-cara untuk berinteraksi dan menjelaskan maklumat tentang kitar semula yang disediakan kepada warga KTSN. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A bertanggungjawab menyampaikan maklumat mengenai kitar semula kepada warga KTSN manakala Kumpulan B bertugas untuk pergi ke bilik-bilik blok untuk mengumpulkan barang-barang yang boleh dikitar semula daripada penghuni-penghuni KTSN. Dua kumpulan ini menjalankan tugas-tugas tersebut secara bergilir-gilir.

10.00am- Kami memulakan tugas masing-masing.

11.30am- Kami membantu membersihkan kawasan di tepi DTSN.

12.00pm- Makanan Vegetarian telah disediakan.

12.30pm- Selepas itu, kami melibatkan diri dalam sesi refleksi diri sendiri semasa menjalankan Program Kitar Semula bersama-sama dengan ahli-ahli Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Malaysia.

Perbincangan Refleksi Kumpulan

Pada 12 Mei 2016 iaitu pada hari Khamis yang lalu, kami sekumpulan berkumpul untuk mengadakan perbincangan mengenai refleksi kumpulan. Perbincangan kami mengambil masa selama tiga jam. antara tentatif semasa perbincangan adalah, Pekongsian masalah setiap ahli kumpulan, Cadangan untuk membuat refleksi secara berkumpulan. Selain itu,perbincangan kami merangkumi semua perjalanan projek dari pembentukan kumpulan sehingga hari pelaksanaan projek. Setiap ahli kumpulan memberi idea untuk menulis refleksi.

Wednesday, 11 May 2016

23 April 2016



SELAMAT HARI KITAR SEMULA
Pada 23 April 2016 bersamaan dengan hari Sabtu pada pukul 8.30 pagi, kami bersama-sama dengan Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia telah mengadakan Program Kitar Semula di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). Lokasi kami adalah di tepi Dewan Tun Syed Nasir. Program Kitar Semula ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada penghuni KTSN tentang kepentingnya mengitar semula bahan buangan. Dengan adanya Program Kitar Semula pada hari Sabtu itu, banyak penghuni KTSN menghantar bahan-bahan kitar semula kepada kami.
Pesediaan untuk Program Kitar Semula 

Permainan Tic-Tac-Toe berkenaan kitar semula 
(Semua bahan diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula)

Antara bahan-bahan pameran pada hari tersebut
Bahan-bahan yang kami kumpul diasingkan mengikut kategori masing-masing.

Kategori botol plastik. 
Adakah anda tahu bahawa SATU botol plastik megambil masa 500 tahun untuk terurai.

Kategori Kertas 
Sehelai kertas mengambil masa selama 1 hingga 3 tahun untuk terurai.
 Cuba anda fikir dalam1 hari berapa banyak kertas yang anda buang?
Kertas pula dibahagikan kepada beberapa bahagian , iaitu:
1. Kertas berwarna
2. Kertas hitam putih


Selepas semua bahan mengenai konsep kitar semula disiap sedia, kami berkumpul di tepi DTSN untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh seseorang ahli daripada  Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia. Kami didedahkan pengetahuan tentang kitar semula supaya dapat menyebarkan amalan kitar semula ini kepada semua warga KTSN. Dalam sesi ini, kami lebih mengetahui usaha-usaha yang telah dilakukan oleh  Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia selama ini dan berasa kagum terhadap bakti-bakti yang mereka mencurahkan kepada bumi kita.

Kami telah dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A memberi penerangan tentang amalan kitar semula kepada pelajar-pelajar KTSN dengan meggunakan bahan-bahan yang telah dipamerkan.


Manakala Kumpulan B akan pergi ke bilik pelajar pelajar satu demi satu untuk mengumpulkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan juga memaklumkan aktiviti  Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia ini kepada mereka.
Kumpulan A dan B menjalankan tugas secara bergilir-gilir.



Antara barang-barang yang boleh dikitar semula ialah botol air mineral sama ada kecil atau besar. 
Sebelum diasing mengikut kategori, pembalut plastik yang terdapat pada satu per tiga botol air mineral
harus digunting. Hal ini kerana, pembalut plastik tersebut juga boleh dikitar semula tetapi di dalam
kategori yang berbeza. Kemudian botol tersebut haruslah diremuk dan dikumpul setempat.

Selain botol,kertas kertas terpakai juga boleh dikitar semula. Walaubagaimanapun, proses pengagihan kertas harus 
dilakukan. Gambar di atas menunjukkan proses pengagihan kertas mengikut jenis seperti black-white, berwarna dan yang masih boleh digunakan semula. Bagi kertas yang dikepil menggunakan  
stapler haruslah ditanggalkan dan diasingkan.

Sebelum mengagihkan barang-barang kitar semula, kami menyediakan tag jenis-jenis barang yang boleh dikitar semula bagi 
memudahkan proses pengagihan jenis dilakukan. Di samping itu, kami juga mempamerkan 
jangka masa bagi barangan tersebut untuk mengurai sendiri di pusat longgokan sampah.
Hal ini secara tidak langsung mampu membuka ruang kesedaran dalam diri para pelajar yang 
melintasi laluan ini selain memberi mereka pengetahuan baru yang sangat berguna.

Bagi maklumat pembaca sekalian,botol yang boleh dikitar semula bukan sahaja botol air mineral 
malah botol seperti botol Sunsilk, Lifebouy mahupun botol sabun pencuci pakaian seperti Dynamo
juga boleh dikitar semula. Sebelum mengkategorikan botol-botol tersebut, botol-botol harus dibasuh
bagi memastikan tidak ada sebarang cecair tertinggal di dalam botol-botol tersebut.

“Growing up by my side” Student Sponsorship Programme merupakan program untuk membantu 
ibu bapa yang tidak mampu menampung kos pembelajaran anak-anak mereka. Inilah tujuan kita 
menganjurkan aktiviti untuk mengutip bahan-bahan kitar semula yang bakal dijual. Dana yang 
diterima akan diderma kepada program ini. 

Ini merupakan 10 fakta mengenai 22 April Earth day. 

Ini merupakan kedua-dua tapak tangan kita yang bermaksud kita boleh menggunakan tangan kita
untuk mengutip bahan kitar semula selain daripada bertepuk tangan.
Dari kiri ke kanan
Tangan Kiri
Ibu Jari- Kertas (bekas kertas)
Jari Telunjuk- Tin (Tin Aluminium)
Jari Tengah-Tin (Tin-tin minuman)
Jari Manis- Botol (Gelas Botol)
Jari Kelingking- Botol (plastik botol)
Tangan Kanan
Ibu Jari- Bahan Elektrik (batteri)
Jari Telunjuk- Baju 
Jari Tengah-Bahan 3C ( Komunikasi, Telefon bimbit and komputer)
Jari Manis- Perkakasan ( Bahan logam)
Jari Kelingking- Lain-lain ( Payung, CD)
Ini merupakan penyediaan kita untuk memberi pengetahuan mengenai Earth day kepada penghuni-penghuni KTSN.

Gambar di atas ini adalah brosari-brosari yang mengenai bahan-bahan yang tidak dapat dikitar semula, mengkategorikan bahan-bahan
kitar semula, brosari Student Sponsorship Program dan sebagainya.
Selain daripada semua yang anda lihat ini, kami juga memberi pengetahuan yang pernah kita
mempelajari kepada penghuni-penghuni KTSN sebagai tanda peringatan mesra.
Misalnya, informasi mengenai 5R(Reduce, Reuse, Recycle, Repair & Refuse),
benda yang boleh dikitar semula dan benda yang tidak boleh dikitar semula serta kepentingan kitar 
semula kepada bumi kita dan sebagainya.

Sumber: https://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjy8ZvThKzMAhWDQI4KHfU7BbwQjRwIBw&url=http%3A%2F%2Fwelcome.brother.com%2Fin-en%2Fabout-us%2FE-wastePolicy.html&bvm=bv.120551593,d.dGo&psig=AFQjCNGj5_VY3GrvVLPrCVExpJZdfmoCug&ust=1461750911762708
Konsep 5R
Reduce ( Mengurangkan)- Mengurangkan kuantiti dan jenis produk yang kita beli. 
Jika kita kurang menggunakannya, maka, sisa-sisa produk akan kurang dihasilkan

Reuse ( Guna semula)- Guna semula produk yang pernah kita gunakan. Misalnya, botol yang boleh
dibelah dua untuk membuat pasu bunga

Recycle ( Kitar semula)- bahan-bahan digunakan semula sebagai sumber

Repair- bahan-bahan yang boleh dibaiki 

Reform- menggunakan semula bahan buangan tanpa pemprosesan

Sumber:
https://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwji5c2AhazMAhXVA44KHQXEA2IQjRwIBw&url=http%3A%2F%2Fwww.huonvalley.tas.gov.au%2Fservices%2Fwaste-2%2F&bvm=bv.120551593,d.dGo&psig=AFQjCNHukpVkD_EaVjdWTPcOzI-Ea8w9-g&ust=1461750977382918
Gambar di atas ini merupakan benda-benda yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula.
Selain itu, sumber ini akan memberi maklumat lanjut tentang kepentingan kitar semula kepada bumi
kita----->  http://www.slideshare.net/jimcahir/recycling-the-importance-of-it