Tentatif Program
8.00am- Ahli kumpulan kami berkumpul di tepi Dewan Tun Syed
Nasir (DTSN) dan bersiap sedia untuk mendirikan peralatan yang digunakan untuk
mempamerkan maklumat tentang kitar semula bersama-sama dengan ahli-ahli Yayasan
Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia.
9.00am- Sesetengah ahli kumpulan kami membantu mengasingkan
barang-barang yang boleh dikitar
semula mengikut kategori, manakala ahli-ahli
kumpulan yang lain menyusun bahan-bahan maklumat tentang kitar semula di atas
meja yang tersedia di tepi DTSN.
9.30am- Ahli-ahli Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Malaysia
memberikan taklimat kepada kami tentang cara-cara untuk berinteraksi dan menjelaskan
maklumat tentang kitar semula yang disediakan kepada warga KTSN. Kami
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A
bertanggungjawab menyampaikan maklumat mengenai kitar semula kepada warga KTSN
manakala Kumpulan B bertugas untuk pergi ke bilik-bilik blok untuk mengumpulkan
barang-barang yang boleh dikitar semula daripada penghuni-penghuni KTSN. Dua
kumpulan ini menjalankan tugas-tugas tersebut secara bergilir-gilir.
10.00am- Kami memulakan tugas masing-masing.
11.30am- Kami membantu membersihkan kawasan di tepi DTSN.
12.00pm- Makanan Vegetarian telah disediakan.
12.30pm- Selepas itu, kami melibatkan diri dalam sesi
refleksi diri sendiri semasa menjalankan Program Kitar Semula bersama-sama
dengan ahli-ahli Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Malaysia.
No comments:
Post a Comment