|
SELAMAT HARI KITAR SEMULA
|
Pada 23 April 2016 bersamaan dengan hari Sabtu pada pukul 8.30 pagi, kami bersama-sama dengan Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia telah mengadakan Program Kitar Semula di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). Lokasi kami adalah di tepi Dewan Tun Syed Nasir. Program Kitar Semula ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada penghuni KTSN tentang kepentingnya mengitar semula bahan buangan. Dengan adanya Program Kitar Semula pada hari Sabtu itu, banyak penghuni KTSN menghantar bahan-bahan kitar semula kepada kami.
Pesediaan untuk Program Kitar Semula
|
|
Permainan Tic-Tac-Toe berkenaan kitar semula
(Semua bahan diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula)
|
|
Antara bahan-bahan pameran pada hari tersebut
|
Bahan-bahan yang kami kumpul diasingkan mengikut kategori masing-masing.
Kategori botol plastik.
Adakah anda tahu bahawa SATU botol plastik megambil masa 500 tahun untuk terurai.
|
|
Kategori Kertas
Sehelai kertas mengambil masa selama 1 hingga 3 tahun untuk terurai.
Cuba anda fikir dalam1 hari berapa banyak kertas yang anda buang?
Kertas pula dibahagikan kepada beberapa bahagian , iaitu:
1. Kertas berwarna
2. Kertas hitam putih
|
Selepas semua bahan mengenai konsep kitar semula disiap sedia, kami berkumpul di tepi DTSN untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh seseorang ahli daripada Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia. Kami didedahkan pengetahuan tentang kitar semula supaya dapat menyebarkan amalan kitar semula ini kepada semua warga KTSN. Dalam sesi ini, kami lebih mengetahui usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia selama ini dan berasa kagum terhadap bakti-bakti yang mereka mencurahkan kepada bumi kita.
Kami telah dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A memberi penerangan tentang amalan kitar semula kepada pelajar-pelajar KTSN dengan meggunakan bahan-bahan yang telah dipamerkan.
Manakala Kumpulan B akan pergi ke bilik pelajar pelajar satu demi satu untuk mengumpulkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan juga memaklumkan aktiviti Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia ini kepada mereka.
Kumpulan A dan B menjalankan tugas secara bergilir-gilir.
Antara barang-barang yang boleh dikitar semula ialah botol air mineral sama ada kecil atau besar.
Sebelum diasing mengikut kategori, pembalut plastik yang terdapat pada satu per tiga botol air mineral
harus digunting. Hal ini kerana, pembalut plastik tersebut juga boleh dikitar semula tetapi di dalam
kategori yang berbeza. Kemudian botol tersebut haruslah diremuk dan dikumpul setempat.
Selain botol,kertas kertas terpakai juga boleh dikitar semula. Walaubagaimanapun, proses pengagihan kertas harus
dilakukan. Gambar di atas menunjukkan proses pengagihan kertas mengikut jenis seperti black-white, berwarna dan yang masih boleh digunakan semula. Bagi kertas yang dikepil menggunakan
stapler haruslah ditanggalkan dan diasingkan.
Sebelum mengagihkan barang-barang kitar semula, kami menyediakan tag jenis-jenis barang yang boleh dikitar semula bagi
memudahkan proses pengagihan jenis dilakukan. Di samping itu, kami juga mempamerkan
jangka masa bagi barangan tersebut untuk mengurai sendiri di pusat longgokan sampah.
Hal ini secara tidak langsung mampu membuka ruang kesedaran dalam diri para pelajar yang
melintasi laluan ini selain memberi mereka pengetahuan baru yang sangat berguna.
Bagi maklumat pembaca sekalian,botol yang boleh dikitar semula bukan sahaja botol air mineral
malah botol seperti botol Sunsilk, Lifebouy mahupun botol sabun pencuci pakaian seperti Dynamo
juga boleh dikitar semula. Sebelum mengkategorikan botol-botol tersebut, botol-botol harus dibasuh
bagi memastikan tidak ada sebarang cecair tertinggal di dalam botol-botol tersebut.
“Growing up by my side” Student Sponsorship Programme merupakan program untuk membantu
ibu bapa yang tidak mampu menampung kos pembelajaran anak-anak mereka. Inilah tujuan kita
menganjurkan aktiviti untuk mengutip bahan-bahan kitar semula yang bakal dijual. Dana yang
diterima akan diderma kepada program ini.
Ini merupakan 10 fakta mengenai 22 April Earth day.
Ini merupakan kedua-dua tapak tangan kita yang bermaksud kita boleh menggunakan tangan kita
untuk mengutip bahan kitar semula selain daripada bertepuk tangan.
Dari kiri ke kanan
Tangan Kiri
Ibu Jari- Kertas (bekas kertas)
Jari Telunjuk- Tin (Tin Aluminium)
Jari Tengah-Tin (Tin-tin minuman)
Jari Manis- Botol (Gelas Botol)
Jari Kelingking- Botol (plastik botol)
Tangan Kanan
Ibu Jari- Bahan Elektrik (batteri)
Jari Telunjuk- Baju
Jari Tengah-Bahan 3C ( Komunikasi, Telefon bimbit and komputer)
Jari Manis- Perkakasan ( Bahan logam)
Jari Kelingking- Lain-lain ( Payung, CD)
Ini merupakan penyediaan kita untuk memberi pengetahuan mengenai Earth day kepada penghuni-penghuni KTSN.
Gambar di atas ini adalah brosari-brosari yang mengenai bahan-bahan yang tidak dapat dikitar semula, mengkategorikan bahan-bahan
kitar semula, brosari Student Sponsorship Program dan sebagainya.
Selain daripada semua yang anda lihat ini, kami juga memberi pengetahuan yang pernah kita
mempelajari kepada penghuni-penghuni KTSN sebagai tanda peringatan mesra.
Misalnya, informasi mengenai 5R(Reduce, Reuse, Recycle, Repair & Refuse),
benda yang boleh dikitar semula dan benda yang tidak boleh dikitar semula serta kepentingan kitar
semula kepada bumi kita dan sebagainya.
Sumber: https://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjy8ZvThKzMAhWDQI4KHfU7BbwQjRwIBw&url=http%3A%2F%2Fwelcome.brother.com%2Fin-en%2Fabout-us%2FE-wastePolicy.html&bvm=bv.120551593,d.dGo&psig=AFQjCNGj5_VY3GrvVLPrCVExpJZdfmoCug&ust=1461750911762708
Konsep 5R
Reduce ( Mengurangkan)- Mengurangkan kuantiti dan jenis produk yang kita beli.
Jika kita kurang menggunakannya, maka, sisa-sisa produk akan kurang dihasilkan
Reuse ( Guna semula)- Guna semula produk yang pernah kita gunakan. Misalnya, botol yang boleh
dibelah dua untuk membuat pasu bunga
Recycle ( Kitar semula)- bahan-bahan digunakan semula sebagai sumber
Repair- bahan-bahan yang boleh dibaiki
Reform- menggunakan semula bahan buangan tanpa pemprosesan
Sumber:
https://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwji5c2AhazMAhXVA44KHQXEA2IQjRwIBw&url=http%3A%2F%2Fwww.huonvalley.tas.gov.au%2Fservices%2Fwaste-2%2F&bvm=bv.120551593,d.dGo&psig=AFQjCNHukpVkD_EaVjdWTPcOzI-Ea8w9-g&ust=1461750977382918
Gambar di atas ini merupakan benda-benda yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula.
Selain itu, sumber ini akan memberi maklumat lanjut tentang kepentingan kitar semula kepada bumi
kita-----> http://www.slideshare.net/jimcahir/recycling-the-importance-of-it
No comments:
Post a Comment